KEPENTINGAN
KEMAHIRAN INSANIAH KEPADA SETIAUSAHA ALAF 21
PENGENALAN
Setiausaha merupakan pembantu pentadbiran yang terlibat dalam pengurusan
pejabat sama ada dalam bidang perniagaan atau dalam kerusi pemerintahan seperti
Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Negara. Setiausaha juga bekerja untuk
mengurus urusan surat-menyurat seperti menyimpan rekod, membuat kerja
perkeranian dan sebagainya.
Pada era globalisasi masa kini,
Kemahiran insaniah atau soft skill merupakan kemahiran generik yang
merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja
berkumpulan. Antara kemahiran insaniah yang ada ialah Kemahiran Komunikasi,
Kemahiran Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah, Kemahiran Kerja
Berpasukan, Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat, Kemahiran
Usahawan, Moral dan Etika Professional dan terakhir Kemahiran Kepimpinan. Bakal
setiausaha atau setiausaha bukan sahaja perlu mempunyai segulung ijazah atau
diploma mahupun sijil, tetapi kemahiran-kemahiran tersebut juga perlu diambil
kira. Individu yang berdaya saing, berkepimpinan tinggi, kreatif, inovatif,
pandai berkomunikasi, berdisiplin, profesionalisme dan kompetensi sahaja yang
mampu bersaing dan mendapat tempat di alam pekerjaan nanti.
Kemahiran insaniah memiliki pelbagai
nama seperti soft skills, essential skills, human skills, employability
skills serta non-technical skills. Terdapat pelbagai makna yang
menjelaskan tentang kemahiran insaniah. Mahyudin (2011) menyatakan bahawa
definisi sedia ada berkaitan dengan kemahiran insaniah lebih memberi tumpuan
terhadap aspek tingkah laku, kemahiran komunikasi, sikap, keupayaan
menyelesaikan suatu permasalahan, cara memperolehi keputusan dan pengurusan
organisasi.
ELEMEN-ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH YANG DIPERLUKAN OLEH
SETIAUSAHA
Kemahiran Insaniah merupakan aset penting bagi melahirkan bakal setiausaha yang mampu bersaing, berkeyakinan, mampu berkomunikasi dengan baik serta boleh menyumbang kepada bakal majikan tempatan mahupun antarabangsa. Kemahiran tersebut menjadikan elemen yang dikenalpasti oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang kini bersifat global. Setiap bakal setiausaha harus mempunyai kemahiran insaniah kerana kemahiran ini tidak hanya memberi tumpuan kepada pelbagai perkara dalam suatu bidang sahaja. Oleh itu, kemahiran insaniah perlu dimiliki oleh setiap bakal setiausaha supaya mereka boleh bersaing di alam pekerjaan sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.
Antara elemen kemahiran insaniah
yang boleh digunakan oleh bakal setiausaha ataupun setiausaha ialah Kemahiran
Komunikasi. Bakal setiausaha harus memiliki kemahiran ini dengan baik
terutamanya menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan perlu dipratikkan
dari universiti lagi. Bakal setiausaha harus mahir menyampaikan idea dengan
jelas, berksan dan berkeyakinan secara lisan dan tulisan. Jamaludin Badusah
(2006) berpendapat pelajar perlu didedahkan kepada pengalaman untuk menyuarakan
persetujuan, bangkangan atau memujuk. Kemahiran ini sangat penting kepada bakal
setiausaha kerana apabila bekerja, mereka akan sentiasa berhubung dan
berinteraksi dengan pelbagai pihak dalam bidang yang diceburi.
Selain
itu, elemen yang boleh digunakan oleh bakal setiausaha ialah Kemahiran
Pemikiran Kritis. Hal ini kerana, ianya dapat menjadikan mereka mempunyai pemikiran
yang berbeza berbanding orang lain. Mempelajari kemahiran ini dapat membantu
bakal setiausaha berfikir secara kritis, kreatif, inovatif serta berkebolehan
menyelesaikan masalah baru. Kemahiran ini dapat mendidik bakal setiausaha dari
segi kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi yang sukar
dan kabur serta membuat penilaian yang berjustifikasi. Dengan memiliki
pemikiran kritis juga mampu membantu bakal setiausaha meningkatkan kebolehan
mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan sesuatu idea,
menganalisis data kajian atau menilai perbincangan. Ia juga mengajar bakal
setiausaha dari segi kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya komuniti
dan persekitaran kerja yang baharu diceburi. Oleh itu, bakal setiausaha
memerlukan kemahiran ini untuk membantu menyelesaikan masalah serta mencetus
idea baru dalam tugas yang dilakukan.
Seterusnya,
Kemahiran Kerja Berpasukan juga merupakan elemen yang penting untuk digunakan
oleh bakal setiausaha. Di universiti, pelajar banyak melibatkan diri dengan
aktiviti berkumpulan sama ada berbentuk akademik ataupun kokurikulum. Lazimnya,
pelajar akan diberi tugasan kertas projek atau esei oleh pensyarah untuk
dilakukan secara berkumpulan. Kadang kala ada ahli kumpulan yang ‘curi tulang’
iaitu tidak memberi sumbangan dari segi tenaga dan idea bagi menyelesaikan
tugasan tetapi namanya mahu dimasukkan. Kemahiran insaniah turut menekankan
elemen kerja berpasukan dalam diri para pelajar universiti. Mereka dibimbing
bagaimana untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelabgai latar belakang
sosio budaya untuk mencapai matlamat yang sama. Kemahiran yang ditekankan
kepada pelajar termasuk kebolehan membina hubungan baik dan berinterasksi
dengan orang lain dan mampu bekerja secara efektif bersama untuk mencapai
objektif yang sama. Pelajar dibimbing dalam mengambil peranan bersilih ganti
antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan serta kebolehan mengenali dan
menghormati kelakuan dan kepercayaan rakan lain. Kerja berpasukan perlu
diamalkan oleh bakal setiausaha supaya lebih mudah untuk menyelesaikan sesuatu
masalah berkaitan bidang tugas yang diamanahkan kelak.
Akhir sekali, elemen yang bolehd
igunakan oleh bakal setiausaha ialah Kemahiran Moral dan Etika Profesional.
Etika Profesional adalah merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan
bidang yang profesional. Ia juga ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara
yang menentukan kualiti moral, profesional dan nilai. Etika Profesional
merupakan garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti
dan disipilin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek
yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat. Pembentukan morak dal etika bermula daripada diri
seorang individu itu sendiri. Jadi, setiausaha perlu memiliki satu set panduan
dan peraturan yang berhubung kait dengan tingkah laku bagi mengawal diri dalam
setiap tindakan yang dilakukan. Berasaskan etika yang ada maka konflik terhadap
keinginan boleh diselesaikan dan meningkatkan fungsi sosial seorang bakal
setiausaha.
Oleh itu,
bakal setiausaha mestilah memiliki kemahiran-kemahiran ini bagi menepati dan
memenuhi kehendak pasaran kerja masa kini kerana kemahiran-kemahiran tersebut
akan didedahkan kepada mereka. Kemahiran Insaniah berkembang melalui proses
semulajadi seperti tumbesaran kematangan dan penuaan menurut Megat Zakaria Aman
Zahiri (2007).
CADANGAN UNTUK MEMASTIKAN GRADUAN DIBEKALKAN DENGAN
KEMAHIRAN INSANIAH
Hasil kajian yang telah dilakukan
menunjukkan bahawa Kemahiran Insaniah pada setiap graduan termasuklah mereka
gagal mempamerkan keterampilan serta tidak mempunyai kemahiran lebih – lebih
lagi kemahiran insaniah yang mana ia merupakan tuntutan majikan serta bagi
pasaran kerja yang kian. Hal ini juga turut ditegaskan oleh Mohd (2008), dimana
beliau menyatakan bahawa pelajar atau graduan yang hanya memiliki keterampilan
dari sudut akademik semata – mata sebenarnya masih tidak mampu untuk menjamin
mereka untuk mendapatkan pekerjaaan disebabkan pada masa kini berlakunya
persaingan sengit di dalam dunia pasaran kerjaya. Rata – rata majikan pada masa
kini telah menjadikan aspek penguasaan kemahiran insaniah (soft skills) di
kalangan calon temuduga (graduan) sebagai kayu ukur atau kriteria dalam
pemilihan untuk mengambil mereka sebagai pekerja yang mana ianya bertujuan
untuk menyokong pencapaian akademik yang telah mereka perolehi. Ini jelas
menunjukkan bahawa graduan bukan sahaja perlu cemerlang dalam aspek akademik
semata tapi juga perlu menguasai dan kaya dengan kemahiran – kemahiran
insaniah.
Antara cadangan untuk para graduan atau bakal setiausaha dibekalkan dengan Kemahiran Insaniah ialah aktiviti kokurikulum memberi penekanan kepada pelajar agar pelajar dapat melibatkan diri dalam pelbagai jenis aktiviti kokurikulum. Ini kerana, kokurikulum juga memainkan peranan penting selain menjadi pelengkap kepada kurikulum atau akademik sedia ada untuk pelajar. Dengan gabungan dan peranan yang dimainkan antara kedua elemen kurikulum dan kokurikulum, ia akan dapat memberi nilai tambah atau kemahiran - kemahiran yang tidak dapat dipelajari melalui kurikulum atau akademik. Maka jelaslah bahawa kokurikulum berpotensi untuk menjadi wadah kepada pembinaan kemahiran insaniah kepada para pelajar terutamanya kemahiran kepimpinan. Kemahiran insaniah yang berjaya dikuasai oleh pelajar merupakan satu aset yang amat bernilai untuk mereka lebih kompetitif sama ada ketika memohon pekerjaan atau setelah memegang status pekerja.
Selain itu, pihak pengurusan, akademik,
pentadbiran, staf sokongan dan pelajar di universiti haruslah mempratikkan
untuk menghayati dan mengaplikasikan elemen kemahiran insaniah dengan
bersungguh-sungguh agar kita sentiasa boleh bersaing di peringkat Global. Oleh
itu, dengan penyatuan usaha dan tenaga daripada seluruh kakitangan akademik dan
bukan akademik di universiti diharapkan dapat membantu pelajar untuk
mengembangkan dan mewujudkan kemahiran insaniah di dalam diri mereka agar mereka
berkeupayaan mendepani cabaran alam pekerjaan dan sekaligus memberikan
sumbangan ke arah menjana ekonomi individu, keluarga, masyarakat, dan negara.
Kesimpulannya,
peranan yang berkesan dari semua pihak yang bertanggungjawab seharusnya
diperkasakan lagi dalam memastikan pelajar pada hari ini diterapkan secukupnya
dengan kemahiran insaniah. Ini bagi memastikan aset negara yang berupa modal
insan pada masa akan datang dilengkapi dengan pelbagai kebolehan yang utuh
kerana merekalah yang bakal meneraju arah tuju negara kelak. Kejayaan sesebuah
organisasi pada masa akan datang hanya dapat dicapai sekiranya pemimpin yang
dibentuk pada hari ini benar-benar berkualiti dari pelbagai sudut.
RUJUKAN
§
Nor Yusof (2015). Kemahiran Insaniah (Soft
Skills). Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/izarina/kemahiran-insaniah-soft-skills
§
Shin Yei. Kepentingan Kemahiran Insaniah. Diperolehi
daripada https://www.scribd.com/doc/124910024/Kepentingan-kemahiran- insaniah
§ Najwa. Kemahiran Insaniah. Diperolehi daripada
https://www.scribd.com/presentation/326334723/Bab-6-Kemahiran- Insaniah
§
Mohd Faizullah Mohamed. (2014). Penerapan
Kemahiran Insaniah Dalam Konteks
Membina Insan Berkempipinan Di Kalangan Pelajar Melalui Aktiviti Kokurikulum Universiti.
§
Mohd Zamri bin Ibrahim. (2012). Tahap
Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam
Kalangan Pelajar Tahun Akhir Di Kolej Antarabangsa IKIP.